TANAH DIKEHENDAKI SEGERA UNTUK DIMAJUKAN SECARA USAHASAMA (JV)
Sungguh Kemajuan mengalu-alukan pemilik tanah untuk bekerjasama dengan kami dalam pembangunan hartanah secara usahasama dengan memastikan kedua-dua pihak mendapat pulangan keuntungan yang terbaik berdasarkan persetujuan bersama.
Melalui pembangunan hartanah secara usahasama, pemilik tanah mempunyai peluang untuk membangunkan tanah mereka tanpa mengeluarkan sebarang kos pembinaan, pengurusan dan pemasaran pembangunan yang akan ditanggung oleh pihak kami sebagai pemaju.
Kelebihan membuat usahasama (JV) dengan kami:
Tuan tanah tidak perlu mengeluarkan modal.
Pemaju akan menguruskan dokumentasi pembangunan hartanah.
Menjaminkan keuntungan yang lebih tinggi.
Tuan tanah akan diberikan sejumlah wang atau ditukar dalam bentuk unit hartanah atau kedua-duanya sekali.
Perkhidmatan kami:
Menerangkan prosedur dan perkara berkaitan Tanah JV.
Membuat analisa dan kajian bagi menentukan tanah untuk dimajukan menjadi projek perumahan atau komersial.
Berbincang untuk mendapatkan pembahagian keuntungan yang terbaik bagi tuan tanah.
Menyediakan terma dan syarat perjanjian yang sudah dipersetujui antara tuan tanah dan pemaju.
Sungguh Kemajuan adalah pemaju hartanah yang berpengalaman luas dalam bidang membangunkan hartanah serta mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Konsep usahasama yang dibuat adalah bagi memastikan hartanah dimiliki tidak habis begitu sahaja, tetapi dapat dijadikan sebagai pelaburan menguntungkan dalam jangka masa panjang.