Taman Bayan adalah projek perumahan Freehold terletak di Pekan Tokai, Kedah dengan akses mudah ke pusat bandar Alor Setar dan berdekatan tol Pendang untuk memudahkan perjalanan. Di samping itu, lokasi perumahan ini strategik kerana terletak berhampiran SMK Tokai dan SRJK (C) Boon Teik. Perumahan ini sesuai untuk anda yang mencari keseimbangan antara alam semula jadi dengan gaya hidup pinggir bandar.
Taman Bayan dirancang dengan teliti dan menampilkan rekaan moden dengan sentuhan elegan. Koleksi kediaman Taman Bayan mempunyai ruang rumah yang luas, bakal memberikan keselesaan yang maksima kepada anda dan keluarga malah praktikal untuk sebarang idea hiasan dalaman.
Taman Bayan merangkumi 8 unit rumah berkembar dua tingkat, 30 unit rumah berkembar setingkat, 13 unit rumah teres dua tingkat dan 42 unit teres setingkat.